Tuesday, August 16, 2011

aku manusia biasa


Ku sentuh embun pagi

Ku tatap potret dunia

Indahnya lukisan Ilahi

Buatku terpegun dan alpa seketika

Benar….. aku manusia biasa

Tidak mampu kulawan takdirnya

Puas ku cuba pasti tewas jua

Walau ku guna segala kudrat yang ada

Aku manusia biasa..tak seperti kekasihNya

Aku manusia biasa yang tidak kuat imannya

Aku manusia biasa yang ada cacat celanya

Aku manusia biasa yang tak mampu berdiri tanpa dorongannya

Hidup ku cuma seketika

Ku hanya menumpang di atas bumiNya

Aku tidak tahu bila ajal dan maut akan tiba

Aku hanya mampu memohon ampun dariNya

Kisah hidup kita tak serupa

Kau dan aku memang berbeza

Mungkin aku bukan calon terbaik untuk menghuni syurgaNya

Kerana aku hanya manusia biasa………….

 

No comments:

Post a Comment